Monday, January 28, 2013

TIPS BERJIMAT UNTUK PENGANTIN

antara perkara penting yang perlu ada dalam majlis perkahwinan ialah fotographer kan....kalau tak de fotographer, nanti siape pulak nak amik gambar korang kan.....lepas da amik gambar da edit semua, mesti korang nak cuci kan gambar2 tu....kat sini aku nak bg 1 tips untuk korang berjimat time nak cuci gambar....

aku da survey da harga untuk cuci 1 keping gambar saiz 4R sekarang ni paling murah 28sen sekeping. so untuk 100 keping da RM28, ni belum korang nak kene beli album gambar lg...average album  gambar yang besar tu dlm rm15. Do, kos anggaran untuk 1 album RM43. tapi macam kuno jugak la kan kalau album gambar cuci gambar 4R n letak dalam album....so apa kata kita fikir something yang uptodate skit....

PHOTOBOOK....



Kalau nak dapat photobook murah, apa kata korang try beli voucher photobook kat
@


Photobook ni, die hard cover tau, pastu saiz die 8' x 11'......ala saiz kertas A4 tu.....pastu die bagi 40 muka surat.....so dalam 1 muka surat tu, korang boleh tentukan nak letak gambar berapa banyak pn....ikut suka hati korang

harga RM43 kat Webuy, RM55 kat Groupon & RM 78 kat Living Social



p/s: aku da beli 2 voucher untuk majlis aku...hehehehehehe

Sunday, January 27, 2013

Akhirnya......Tarikh Kawen da dapat.

kalau korang nak tahu.....aku baru je dapat tarikh untuk aku kawen.... 31/3/2013.....Gila x??? lagi 2 bulan sebelum majlis baru aku dapat tarikh untuk aku.....tapi tak penting....yang penting aku dapat kawen....heheheheheheh  skng baru terase masa sangat singkat....tapi Alhamdulillah, sbb aku da buat survey dari tahun lepas, so tak la kelam kabut sangat, macam kad kawen, pelamin, MUA,and barang-barang hantaran kawen kebanyakannya aku da beli time Krismas Sale YES sale.. so aku nak listkan persiapan kawen aku untuk peringatan diri sendiri

KURSUS KAWEN & UJIAN HIV
  • DA SATTLE

KAD KAWEN
  • DA TEMPAH
  • PAYMENT DA 70%
  • EXPECTED SIAP AWAL FEBRUARI

FOTOGRAPHER
  • ABANG IPAR TOLONG AMIKKAN
  • TIADA PAYMENT PERLU DI BUAT
  • CUCI SENDIRI, TAPI DA BELI VOUCHER PHOTOBOOK

 PELAMIN&BAJU SANDING

DA BOOKING DENGAN SEPUPU MAK, SO DAPAT LA HARGA MURAH

BAJU NIKAH
DA HANTAR TAILOR DARI BULAN NOVEMBER 2012 LAGI, TAPI SAMPAI SKANG TAK BOLE FITTING SEBAB DESIGNER SANGAT BUSY

D.I.Y BUNGA MANGGAR
ALHAMDULILLAH, DA SIAP BUAT


D.I.Y BUNGA PAHAR
IN PROGRESS, 25% SIAP

D.I.Y DUIT PENANGGAH 
  • BUNGA DA SIAP 
  • BELUM LETAK DUIT LAGI


BARANG-BARANG UNTUK HANTARAN(9 DULANG)
  1. PERFUME(BELI TIME PROMOTION KAT PARKSON)
  2. WALLET&BELT(BELI KAT DEALMATES)
  3. KASUT(BELI TIME ZARA BUAT SALE)
  4. KEMEJA LELAKI(BELI TIME PARKSON BUAT SALE+ REDEEM BONUSLINK)
  5. COKLAT(BELUM BELI)
  6. KAIN PELIKAT(BELUM BELI)
  7. SIREH JUNJUNG(MESTI LA BELUM BUAT.....HEHEHEHEHE)
  8. AL-QURAN (BELUM BELI)
  9. BUAH-BUAHAN(BELUM BELI JGAK)

KEK KAWEN
BELUM TEMPAH LAGI

 Ni je yang aku ingat sekarang ni....nanti aku update dari semasa ke semasa....




LOVE DZ






Wednesday, January 2, 2013

D.I.Y Bunga Manggar


Aku tak pasti kenapa kalau orang kita kawen, mesti ada bunga manggar. Tapi da disebabkan adat kita mesti ada bunga manggar time pengantin datang, so aku D.I.Y la sendiri bunga manggar untuk majlis aku nanti.Sebab aku buat sendiri untuk nampak lain sikit la...kalau beli bunga manggar kat kedai biase je yang kilat-kilat tu...tak best la. dari aku kecik sampai besar tu je la design die. tak ada berubah langsung.

Sumber : Mintak kat PakCik Google

So aku pun mulakan project D.I.Y bunga manggar aku ujung minggu aritu. Antara bahan yang aku gunakan untuk Bunga Manggar aku ni :-

1) Kertas Crepe Warna Biru yang keras. Aku beli kat kedai RM6.90 segulung.

2)Penyapu Lidi . Beli kat kedai biasa je. RM4.00. Tak tau nape penyapu lidi ni warna warni la pulak kedai ni jual.





3) Pita pelekat warna biru. Rm1.00

Cara nak buat bunga manggar ni tak la susah pun. hanya perlu pintal2 je kertas crepe tu nampak macam daun.

Mula-mula, potong kertas crepe tu jadi segiempat sama. kalau bole  potong saiz yang beza-beza. Selepas tu, bahagian ujung dia potong untuk dapatkan bentuk muncung macam gambar nombor 3 tu. Da potong tu, pintal bahagian yang tak potong untuk jadikan macam batang daun tu. lepas da pintal. kemas-kemas kan dia, kembang-kembangkan kertas crepe tu. Sebabkan aku beli kertas Crepe yang kerass, jadi bile kembangkan die, senang je kertas tu terbentuk macam daun. Buat banyak-banyak. ok. tadi kat atas aku ada cakap perl potong dalam pelbagai saiz kan....sebab die untuk dapatkan daun yang pelbagai saiz. So daun yang besar, aku letak kat bahagian bawah, yang kecik kat bahagian atas, Dalam satu batang lidi tu, aku leak dalam 8-10 daun kertas crepe tu. Hasil die....jeng...jeng..jeng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sakit jari pintal kertas crepe ni....Tapi untuk kepuasan diri , harus ku siapkan jugak ini bunga daun manggar....hehehehehehe





Sunday, December 16, 2012

D.I.Y mini pelamin dengan Supercun Wedding

owh......tahun 2012 da nak abis...tinggal 2 minggu je lagi nak masuk tahun 2012...sangat excited...teruja n xsabar...since sebelum ni aku pena cerita pasal projek yang aku akan D.I.Y untuk majlis aku ni kt sini, tapi lepas fikir-fikir balik, macam aku nak tambah lagi projek D.I.Y aku...hehehehe...aku nak buat mini pelamin untuk nikah....sbb aku nak mini pelamin untuk nikah ialah masa aku tunang dulu tak ade pun mini pelamin bagi....tunang yang sgt simple ok...sedey....:( n tak ade kenangan sangat pun time tunang dulu.....sedih lagi....ok..tak nak cite pasal tunang da....


skng aku nak cite pasal idea nak D.I.Y mini pelamin nikah aku.....aku da servey da kalau tempah kat butik @ mintak orang buat harga paling murah aku bole dapat dlm rm300....so aku rase sangat tak rugi ok...dengan RM300 tu banyak lagi bende aku bole buat....selepas aku buat research, aku fikir nak sewa je barang2 untuk buat mini pelamin ni dari ex bride to be @ orang yang ade bt rental barang mini pelamin ni....

aku da jumpa satu ni...hehehehehe aku da survey kat Supercun Wedding. Dorang ni ade buat sewa barang barang untuk D.I.Y mini pelamin, photobooth, candy buffet set, kalau nak suruh dorg buat kan pn bole....suke-suke.... so ni list yang aku maybe nak guna untuk mini pelamin nikah aku yang dorang ade buat rental




1)Bunga bulat gantung(RM3 x 6=RM18)


2)Paper lantern(Optional)

3)Pasu bunga(RM10/set) x 2 set
4) Spotlight (RM10 x2=RM20)

SANGAT jimat okey kalau sewa dengan dorang ni....ni contoh hasil kerja dorang pulak.
comel kan??? hehehehehe :)

o.k kalau korang nak d.i.y pelamin korang, korang boleh try sewa barang dengan dorang..ohh...ohh...dorang ade bagi free consultation if korang sewa barang dengan dorang...
ni website dorang
http://www.SuperCun.com

atau blog dorang

http://supercun.blogspot.com

kalau nak senang korang bukak je facebook dorang, lagi banyak update kot...hehehehehe
http://facebook.com/SuperCunWedding.

O.k...Doakan semoga majlis aku nanti berjalan dengan lancar k...tak sabar..tak sabar..tak sabarnye (baca dengan nada gediks lisa dalam 'Istambul Aku Datang'


love <3 dz


Sunday, October 21, 2012

KURSUS CIDB

Aku pergi kursus CIDB ni pada 6/10/2012, tapi baru sekarang aku macam rajin je nak cerita pasal kursus ni. Aku ambil Kursus CIDB Kad Hijau. Since aku kadang2 ada masuk site, so bos aku suruh aku ambil kursus ni, bos aku da lama gila suh aku amik kursus ni, tapi aku malas gila nak pergi kursus tu....


Kursus ni sehari je, dari pukul 9:00am -4:00pm... sepanjang kursus tu dia brief pasal keselamatan di tapak pembinaan, kilang dan banyak lagi la...tapi aku tak ingat pun ape yang die terangkan sepanjang kursus tu, so aku bole buat kesimpulan, hanya 5% benda yang dia cakap kat dalam kursus tu yang aku masih ingat sampai sekarang, yang lagi 95% tu, da lama hilang selepas kursus tu habis....Sekarang ni, nak daftar Kursus Kad Hijau ni da senang, sekarang online je...so korang kenelah isi details korang kat website CIDB. Klik kat sini.


Korang pilih la nak hari apa, nak nak buat kat mana@ yang berhampiran dengan tempat korang. masa aku pergi kursus tu, encik tunang temankan aku. And masa aku ambil kursus tu, aku sorang je perempuan, nasib baik Encik Tunang tolong temankan, kalau tak mesti bosan gila....

Bila kursus ni da abiz, trainer tu akan bagi korang macam slip la, lepas korang da buat payment kat dalam website CIDB, korang bole collect Kad Hijau CIDB korang kat Office CIDB yang korang pilih masa korang buat pendaftaran tu.

Ni la slip akuan yang trainer tu akan bagi lepas da habis kursus tu...dan akuan ni valid selama 3 bulan, so dalam 3 bulan, korang kena buat paymnet dan amik kad korang. kalau tak, nanti korang kene ambil kursus tu lagi sekali. Aku and Encik Tunang pun belum buat payment lg.. By the way masa daftar kursus tu dia tak ada mintak apa2 payment tau.

Idea untuk D.I.Y kipas pengantin unik

Selepas 2 bulan aku buat first post kat blog aku ni, baru hari ni aku rajin nak buat second entry untuk blog aku ni...biasa la, aku ni agak malas skit nak blogging ni....aku buat blog ni pun sebab aku suka baca blog orang, jadi sikit sebanyak teringin jugak nak ada blog sendiri....hehehehehehe, 'Ko ni Julik, orang ada blog, ko nak ada blog jugak, orang lain rajin update blog, tapi ko tu da la pemalas..
Ok. panjang betul intro aku ni....balik pada tajuk kat atas ni, aku ni takda la banyak sangat duit nak buat majlis yang 'grand2', tapi aku nak la majlis aku ni akan jadi one of unforgetable memory bagi tetamu yang datang nanti....

So semalam aku pun google la benda2 yang aku bole D.I.Y untuk majlis aku nantikan. sebenarnya aku berkenan gila kat kipas time Irine Nadia sanding kat Perlis tu...so aku bercadang nak D.I.Y kipas tu.. Ni contoh gambar dia..
Source :Irine Nadia

Nampak tak kipas depan tu, panjang kan batang dia, selalu kalau orang sanding mesti pakai kipas tangan yang kecik kan, so aku nak buat lain sikt, nak buat macam kat atas ni, so kalau D.I.Y maybe tak pakai modal besar sangat kot...da tanya Encik Tunang, n dia pun suka dengan idea ni, and dia akan tolong buat kipas macam ni... Thanks 'Pa'... <3

Ni lagi satu contoh yang aku jumpa semalam lepas blog walking....

source: tak ingat(sorry tuan tanah)

Thursday, August 23, 2012

KERJA,KERJA,KERJA TAPI TAK BUAT KERJA

Hari ini raya ke 6, tapi aku da mula kerja dari semalam lagi, aku ambil cuti sehari je iaitu hari rabu 22/8/2012. sebab aku tak ambil cuti panjang ialah aku nak simpan cuti untuk kahwin.... :)
so disebabkan aku tengah tak ada mood nak membuat kerja yang berlambak dan berlonggok ni, aku pun survey2 la untuk persiapan majlis aku yang InsyaAllah pada awal bulan March 2013...

Sebenarnya aku tak prepare ape2 pun lagi untuk majlis aku ni...1 apa pun aku tak prepare lagi...huhuhuhuhu... bukan aku malas@ tak amik peduli tentang majlis aku, tapi aku da cakap kat tunang aku, aku akan start buat preparation lepas majlis akak aku selesai.. akak aku kawen awal bulan 9 ni... so aku tak nak la memeningkan kepala n menyemakkan bilik aku yang sekarang ni tengah semak dengan barang2 kakak aku...habis sume barang dia yang tak guna sumbat dalam bilik aku... even bunga telur pn letak dalam bilik aku...hurmmm :(

Ok. lepas aku tanya Pak Cik Google apa barang2 yang bole kita D.I.Y untuk menjimatkan majlis... Ni antara yang aku rase aku nak buat sendiri(kalau rajin) Hehehehehe

1. BUNGA MANGGAR  (Klik di SINI untuk tengok bunga manggar Version saya)
http://nienazakaria.blogspot.com/2010/02/bunga-manggar-gula-gula.html

http://blog.shajaratul.com/?p=16


2. BUNGA TELUR
3. DUIT PENANGGAH@CORSAGE
4.HANTARAN


Nanti kalau aku ada jumpa lagi yang aku rase@yakin boleh buat sendiri aku update lg untuk rujukan aku akan datang...