Wednesday, January 2, 2013

D.I.Y Bunga Manggar


Aku tak pasti kenapa kalau orang kita kawen, mesti ada bunga manggar. Tapi da disebabkan adat kita mesti ada bunga manggar time pengantin datang, so aku D.I.Y la sendiri bunga manggar untuk majlis aku nanti.Sebab aku buat sendiri untuk nampak lain sikit la...kalau beli bunga manggar kat kedai biase je yang kilat-kilat tu...tak best la. dari aku kecik sampai besar tu je la design die. tak ada berubah langsung.

Sumber : Mintak kat PakCik Google

So aku pun mulakan project D.I.Y bunga manggar aku ujung minggu aritu. Antara bahan yang aku gunakan untuk Bunga Manggar aku ni :-

1) Kertas Crepe Warna Biru yang keras. Aku beli kat kedai RM6.90 segulung.

2)Penyapu Lidi . Beli kat kedai biasa je. RM4.00. Tak tau nape penyapu lidi ni warna warni la pulak kedai ni jual.





3) Pita pelekat warna biru. Rm1.00

Cara nak buat bunga manggar ni tak la susah pun. hanya perlu pintal2 je kertas crepe tu nampak macam daun.

Mula-mula, potong kertas crepe tu jadi segiempat sama. kalau bole  potong saiz yang beza-beza. Selepas tu, bahagian ujung dia potong untuk dapatkan bentuk muncung macam gambar nombor 3 tu. Da potong tu, pintal bahagian yang tak potong untuk jadikan macam batang daun tu. lepas da pintal. kemas-kemas kan dia, kembang-kembangkan kertas crepe tu. Sebabkan aku beli kertas Crepe yang kerass, jadi bile kembangkan die, senang je kertas tu terbentuk macam daun. Buat banyak-banyak. ok. tadi kat atas aku ada cakap perl potong dalam pelbagai saiz kan....sebab die untuk dapatkan daun yang pelbagai saiz. So daun yang besar, aku letak kat bahagian bawah, yang kecik kat bahagian atas, Dalam satu batang lidi tu, aku leak dalam 8-10 daun kertas crepe tu. Hasil die....jeng...jeng..jeng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sakit jari pintal kertas crepe ni....Tapi untuk kepuasan diri , harus ku siapkan jugak ini bunga daun manggar....hehehehehehe





2 comments:

  1. whoaaaa....cantek!!!

    cost wat bunga maggar nih?? mne Lg murah? bli yg bese tu ke or DIY cengginih??

    *skang kLW kawen dorg cucuk 3-4 batang jek.kLW zmn duLu rs nye maw 20 batang. wat syarat je skang nih. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi pendapat saya, D.I.Y lg murah n lg puas hati... sbb skang ni pn saya tgk kat kedai bunga manggar yang kilat2 tu, dlm 10 cucuk rm2.50 kalau tak silap.... at least utk satu bunga manggar kite nak gune dlm 35-40 cucuk.
      kalau bunga manggar dlm 70-80 cucuk...so anggaran cost dalam rm20

      kalau D.I.Y dlm rm12 je....tu pn kertas crepe n lidi byk je lebih....

      Delete