Sunday, October 21, 2012

KURSUS CIDB

Aku pergi kursus CIDB ni pada 6/10/2012, tapi baru sekarang aku macam rajin je nak cerita pasal kursus ni. Aku ambil Kursus CIDB Kad Hijau. Since aku kadang2 ada masuk site, so bos aku suruh aku ambil kursus ni, bos aku da lama gila suh aku amik kursus ni, tapi aku malas gila nak pergi kursus tu....


Kursus ni sehari je, dari pukul 9:00am -4:00pm... sepanjang kursus tu dia brief pasal keselamatan di tapak pembinaan, kilang dan banyak lagi la...tapi aku tak ingat pun ape yang die terangkan sepanjang kursus tu, so aku bole buat kesimpulan, hanya 5% benda yang dia cakap kat dalam kursus tu yang aku masih ingat sampai sekarang, yang lagi 95% tu, da lama hilang selepas kursus tu habis....Sekarang ni, nak daftar Kursus Kad Hijau ni da senang, sekarang online je...so korang kenelah isi details korang kat website CIDB. Klik kat sini.


Korang pilih la nak hari apa, nak nak buat kat mana@ yang berhampiran dengan tempat korang. masa aku pergi kursus tu, encik tunang temankan aku. And masa aku ambil kursus tu, aku sorang je perempuan, nasib baik Encik Tunang tolong temankan, kalau tak mesti bosan gila....

Bila kursus ni da abiz, trainer tu akan bagi korang macam slip la, lepas korang da buat payment kat dalam website CIDB, korang bole collect Kad Hijau CIDB korang kat Office CIDB yang korang pilih masa korang buat pendaftaran tu.

Ni la slip akuan yang trainer tu akan bagi lepas da habis kursus tu...dan akuan ni valid selama 3 bulan, so dalam 3 bulan, korang kena buat paymnet dan amik kad korang. kalau tak, nanti korang kene ambil kursus tu lagi sekali. Aku and Encik Tunang pun belum buat payment lg.. By the way masa daftar kursus tu dia tak ada mintak apa2 payment tau.

No comments:

Post a Comment