Aku tak pasti kenapa kalau orang kita kawen, mesti ada bunga manggar. Tapi da disebabkan adat kita mesti ada bunga manggar time pengantin datang, so aku D.I.Y la sendiri bunga manggar untuk majlis aku nanti.Sebab aku buat sendiri untuk nampak lain sikit la...kalau beli bunga manggar kat kedai biase je yang kilat-kilat tu...tak best la. dari aku kecik sampai besar tu je la design die. tak ada berubah langsung.
Sumber : Mintak kat PakCik Google
So aku pun mulakan project D.I.Y bunga manggar aku ujung minggu aritu. Antara bahan yang aku gunakan untuk Bunga Manggar aku ni :-
1) Kertas Crepe Warna Biru yang keras. Aku beli kat kedai RM6.90 segulung.
2)Penyapu Lidi . Beli kat kedai biasa je. RM4.00. Tak tau nape penyapu lidi ni warna warni la pulak kedai ni jual.
3) Pita pelekat warna biru. Rm1.00
Cara nak buat bunga manggar ni tak la susah pun. hanya perlu pintal2 je kertas crepe tu nampak macam daun.
Mula-mula, potong kertas crepe tu jadi segiempat sama. kalau bole potong saiz yang beza-beza. Selepas tu, bahagian ujung dia potong untuk dapatkan bentuk muncung macam gambar nombor 3 tu. Da potong tu, pintal bahagian yang tak potong untuk jadikan macam batang daun tu. lepas da pintal. kemas-kemas kan dia, kembang-kembangkan kertas crepe tu. Sebabkan aku beli kertas Crepe yang kerass, jadi bile kembangkan die, senang je kertas tu terbentuk macam daun. Buat banyak-banyak. ok. tadi kat atas aku ada cakap perl potong dalam pelbagai saiz kan....sebab die untuk dapatkan daun yang pelbagai saiz. So daun yang besar, aku letak kat bahagian bawah, yang kecik kat bahagian atas, Dalam satu batang lidi tu, aku leak dalam 8-10 daun kertas crepe tu. Hasil die....jeng...jeng..jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sakit jari pintal kertas crepe ni....Tapi untuk kepuasan diri , harus ku siapkan jugak ini bunga daun manggar....hehehehehehe